Bagaimana bermulanya sukan bowling . Permainan untuk orang yang bijak sebab beza bowling dengan sukan lain ialah bola bowling datang sendiri (automatik), main tempat sejuk (aircond) kalau golf ka hangpa nak kena p kutip bola lepas tu kejar ikut bola tu p mana tengah2 panas...hehehe sorry to golfers. :)
Oklah ni nak share sedikit sejarah asal usul yang didapati daripada sumber2 yang boleh dipercayai.
Bowling Purba
Adalah dimaklumkan para arkeologi telah menemukan bola bowling, pin dan peralatan lainnya di pemakaman anak-anak Mesir yang berumur 5200 sebelum Masehi. Dari sana diketahui bahawa orang-orang Mesir telah mengenal dan bermain bowling sejak berabad-abad yang lalu. Sementara itu di Jerman, terdapat permainan dalam tarian dan perayaan yang mirip dengan permainan bowling. Mereka mengelindingkan batu agar mengenai 9 tongkat kayu yang disebut dengan keglers.Para pemain bowling di Jerman sampai saat ini kadangkala masih menyebut pin sebagai keglers.
Di England bowling bermula pada awal 1100-an,
dan terdapat beberapa variasi bowling, seperti "half-bowl", "Skittles" dan "ninepins", telah wujud pada pertengahan 1300-an. Tetapi, menurut penulisan yang pertama, permainan itu dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1366. Dalam rujukan ini, Raja Edward III telah mengharamkan permainan ini dimainkan oleh para askarnya kerana permainan itu telah menyebabkan tenteranya tidak melakukan latihan memanah. Kemudian, pada zaman pemerintahan Raja Henry VIII, permainan bowling telah mendapat populariti dan dimainkan sebagai simbol bangsawan dan status sosial. Selain itu terdapat pelbagai variasi bowling yang dimain kan di waktu ini dan dikenali sebagai 'Bocce' di Italy, 'Petanque' di France and 'Lawn Bowling' di England.
Bowling Moden
Bowling telah popular di Amerika pada zaman Kolonial. Pada abad ke-17, orang English, Belanda dan Jerman telah membawa masuk bowling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Pada masa itu,permainan bowling terdiri daripada sembilan pin yang sering dimainkan di daerah New York City yang dikenali sebagai "Bowling Green".
Bowling telah popular di Amerika pada zaman Kolonial. Pada abad ke-17, orang English, Belanda dan Jerman telah membawa masuk bowling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Pada masa itu,permainan bowling terdiri daripada sembilan pin yang sering dimainkan di daerah New York City yang dikenali sebagai "Bowling Green".
Perkembangan dan populariti permainan ini telah membawa kepada penubuhan Kongres Bowling Amerika (ABC) pada 9 September 1895 dan terlibat berkaitan dengan piawaian bowling di Amerika Syarikat dan mengatur pertandingan rasmi. Pada permulaan abad ke 20, dengan pengenalan kepada teknologi maju permainan bowling telah melangkah ke era baru. Sebelum ini bola bowling diperbuat daripada kayu keras dikenali 'lignum vitae'. Pada tahun 1905 bola boling yang diperbuat daripada getah diperkenalkan iaitu 'Evertrue’. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 1914 Brunswick Corporation, telah memperkenalkan Mineralite Ball di pasaran. Melalui perkembangan teknologi juga, automatic pinsetter yang dicipta oleh Gottfried Schmidt pada 1936 dan dibeli hak paten oleh Morehead Patterson, Naib Presiden American Machine and Foundry Company (AMF) telah diperkenalkan dan menyebabkan peranan ‘pin boys’ tidak diperlukan lagi.
‘Pin Boys’
Automatic pin setter ini telah diperkenalkan kepada awam didalam kejohanan ABC Championship di Buffalo pada 1946. Populariti permainan bowling ini semakin meningkat dengan wujudnya siaran – siaran langsung kejohanan oleh NBC seperti 'Championship Bowling' dan juga rancangan 'Make That Spare', 'Celebrity Bowling' and 'Bowling For Dollars'. Populariti permainan ini di US telah menyebabkan Eddie Elias, seorang promoter, agent and entrepreneur menubuhkan Professional Bowlers Association (PBA) pada tahun 1958 dengan 33 ahli. Antara pemain – pemain lagenda adalah:- Don Carter, Dick Weber, Carmen Salvino, Earl Anthony, Walter Ray Junior, Pete Weber, Norm Duke dan ramai lagi. Permainan bowling telah menjadi salah satu sukan paling popular dengan lebih 100 juta orang di seluruh dunia bermain permainan ini dengan pelbagai teknik dan gaya dicipta. Bowling mempunyai 3 teknik yang popular iaitu :- Teknik Straight Ball (kebanyakan untuk mereka yang baru bermain), teknik spinner (agak senang juga lah nak belajar) atau helicopter dan teknik hook (yang nih susah dan makan masa sikit untuk mahir) . Manakala syarikat – syarikat berkaitan peralatan bowling yang ada sekarang antaranya:-
- Tech-Line Products
- Motiv Bowling
- Ebonite International, which includes
- Columbia 300 Industries
- Ebonite Bowling
- Hammer Bowling
- Track International
- Dyno-Thane (Overseas brand only)
- Brunswick Corporation
- Viz-A-Ball
- Quantum (contract made by Brunswick overseas)
- MoRich Enterprises (contract made by Brunswick)
- Visionary Bowling Products
- Storm Bowling
- Roto Grip
- AZO (contract made by Storm)
- 900 Global,
- AMF
- Lane #1 (contract made by 900 Global)
- Elite (contract made by 900 Global)
- Seismic (contract made by 900 Global)
- Lane Masters
- Gem Tech
So tunggu apa lagi….Jom bowling!!!!!!!!!